Proudly a Part of The Bali Escape

Immerse yourself in the heart of Bali with our expert guidance. Discover hidden gems, savor authentic cuisine,

and experience the island’s rich culture like a local.

OUR PACKAGES

Pakej Kembara Serambi Mekah RM 1100

Jejak Ulama Dan Warisan Aceh: Ketenangan Dan Keinsafan

Rasai keindahan islami dan budaya Aceh, Serambi Mekah, tempat di mana Islam pertama kali berkembang ke seluruh Nusantara. Pakej unik 4 hari 3 malam ini menawarkan peluang untuk mendekatkan diri kepada kesederhanaan dan iman, menggabungkan refleksi islami, pengalaman budaya, dan eksplorasi sejarah Islam Aceh.

Dari belajar bersama pelajar di sekolah agama hingga melawat makam ulama yang dihormati dan merasai kehidupan seperti masyarakat tempatan, pakej ini direka untuk memberikan ketenangan dan keinsafan. Temui keindahan semula jadi Aceh, jelajahi warisan kaya budaya Aceh, dan akhiri perjalanan anda dengan lawatan ke mercu tanda ikonik Banda Aceh.

Sorotan Package Kembara Serambi Mekah
Hari 1: Penghayatan Kehidupan Islamik

Pagi:

Ketibaan dan pertemuan dengan pemandu pelancong di Banda Aceh.

Berhenti sebentar di Perkuburan Massal mangsa Tsunami.

Sarapan dan mulakan perjalanan ke pondok pesantren pertama di Lhoknga.

Tengah Hari:

Sertai sesi pembelajaran bersama pelajar, mempelajari ajaran Islam.

Nikmati makan tengah hari tradisional Aceh bersama pelajar.

Petang:

Lawatan ke makam ulama terkenal untuk mengenang sejarah Islam di Aceh.

Lawatan melihat keindahan alam di Sungai Pucok Krueng Lhokga.

Malam:

Kembali ke pondok pesantren untuk makan malam dan sesi solat malam.

Bermalam di pondok pesantren untuk merasai kehidupan sederhana dan damai.

Pagi:

Sarapan pagi di pondok pesantren.

Perjalanan menaiki bot ke Pulau Aceh.

Tengah Hari:

Lawatan ke pondok pesantren di Pulau Aceh.

Ikuti pelajar dalam pembelajaran, memasak, dan menikmati hidangan tradisional Aceh.

Petang:

Jelajahi keindahan semula jadi Pulau Aceh bersama pemandu pelancong.

Malam:

Sertai solat malam bersama pelajar.
Nikmati makan malam tradisional Aceh bersama pelajar.

Bermalam di pondok pesantren Pulau Aceh.

Pagi:

Sarapan pagi dan kembali ke Banda Aceh dengan bot.

 

Tengah Hari:

Lawatan ke mercu tanda ikonik Banda Aceh: (*Mana-mana yang sempat mengikut keadaan)

  • Masjid Raya Baiturrahman
  • Rumoh Aceh
  • Muzium Tsunami
  • Kapal Apung PLTD Punge
  • Rumah Bot Lampulo

 

Petang:

Kunjungan ke Peunayong untuk membeli cenderamata dan menikmati snek jalanan tempatan. Teruskan dengan makan malam.

 

Malam:

Kembali ke Idaman Homestay untuk daftar masuk dan berehat.

Sarapan pagi dan berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda.

  • Pengangkutan dan Penginapan sesuai itinerari.
  • Semua makanan: sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.
  • Lawatan ke semua tempat menarik dalam itinerari.
  • Panduan pelancongan berpengalaman.
  • Flight Ticket tidak termasuk. Boleh add-on Flight Ticket.

Custom pakej mengikut keperluan anda.

Pakej Jelajah Budaya & Sejarah Aceh RM 999

Pengalaman Unik Banda Aceh: Sejarah, Budaya, dan Memori Tsunami

Pakej 3 hari 2 malam ini direka khas untuk mereka yang ingin memahami sejarah dan budaya unik Banda Aceh, sambil mengenang kembali peristiwa Tsunami 2004 yang menggugah dunia. Dengan melawat tempat-tempat bersejarah, memorial tsunami, rumah anak yatim mangsa Tsunami, serta merasai kehidupan tempatan, anda akan mendalami jiwa Aceh yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Pakej ini juga memberi peluang membeli cenderahati khas Aceh dan menikmati masakan tempatan seperti Mie Aceh yang terkenal.

Sorotan Package Kembara Serambi Mekah
Hari 1: Lawatan Sejarah dan Kebudayaan

Pagi:

Lawatan ke Tanah Perkuburan Massal Mangsa Tsunami – Menghayati tragedi yang pernah melanda Aceh.

Sarapan dan melawat PLTD Apung Punge – Kapal besar yang terdampar di tengah darat akibat tsunami.

Singgah di Museum Aceh – Meneroka sejarah Aceh dan keunikan budaya Aceh.

Lawatan ke Rumah Cut Nyak Dhien – Menyelami kisah pejuang wanita Aceh yang menjadi simbol keberanian.

 

Petang:

Lawatan ke Museum Tsunami – Mengenang kembali peristiwa tsunami dan ketabahan rakyat Aceh.

Mengunjungi Perahu di Atas Rumah, Lampulo – Simbol keajaiban dan harapan selepas bencana.

Masjid Raya Baiturrahman – Ikon Aceh dengan seni bina megah dan nilai sejarah yang tinggi.

 

Malam:

Makan bersama sambil menikmati suasana malam di kota Banda Aceh.

Pagi:

Nikmati pengalaman membeli ikan segar di Jeti Lampulo (pasar ikan utama).

Sarapan pagi di kedai kopi terkenal Solong – Rasa kopi Aceh yang asli.

Membeli-belah di Pasar Aceh – Pilihan cenderahati tradisional seperti kain tenun, kopi, dan rempah tempatan.

Makan tengah hari di kedai Mie Aceh yang terkenal – Merasai rasa asli Aceh.

 

Petang:

Lawatan ke Yayasan Islam Media Kasih Panti Asuhan – Melawat rumah anak-anak yatim mangsa tsunami, memahami kecekalan mereka.

 

Malam:

BBQ malam di Idaman Homestay – Masak dan bersantai dan bersedia berangkat pulang dengan kenangan manis.

Sarapan pagi dan berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda.

  • Pengangkutan dan Penginapan sesuai itinerari.
  • Semua makanan: sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.
  • Lawatan ke semua tempat menarik dalam itinerari.
  • Panduan pelancongan berpengalaman.
  • Flight Ticket tidak termasuk. Boleh add-on Flight Ticket.

Custom pakej mengikut keperluan anda.

Pakej Ekplorasi Banda Aceh & Pulau Weh RM1600

Eksplorasi Sejarah, Kebudayaan, dan Keindahan Lautan Aceh

Pakej 4 hari 3 malam ini direka untuk pelancong yang ingin menikmati keindahan Banda Aceh dan keajaiban Pulau Weh dalam satu perjalanan. Menggabungkan pengalaman sejarah, budaya, dan alam semula jadi, pelancong akan mengunjungi tempat-tempat bersejarah di Banda Aceh serta mengeksplorasi Pulau Weh yang terkenal dengan pantai-pantainya yang cantik dan kehidupan bawah lautnya yang menakjubkan.

Sorotan Package Kembara Serambi Mekah
Hari 1: Ketibaan & Lawatan Banda Aceh

Ketibaan di Banda Aceh dan teruskan dengan sarapan pagi.

Melawat Muzium Tsunami dan Muzium Aceh untuk memahami sejarah tsunami dan warisan budaya Aceh.

Lawatan ke Masjid Raya Baiturrahman, simbol kebanggaan Aceh.

Singgah di Kapal PLTD Apung Punge dan Lampulo Boat on House, tanda kekuatan komuniti selepas tsunami.

Check-in di Idaman Homestay.

Makan malam sambil menikmati keindahan malam di kota Banda Aceh.

Sarapan pagi dan bertolak ke Pulau Weh dengan feri.

Lawatan ke Pantai Iboih, terkenal dengan air jernih dan terumbu karang yang memukau.

Aktiviti snorkeling atau menyelam untuk melihat kehidupan marin.

Makan tengah hari di restoran tepi pantai.

Melawat Tugu Nol Kilometer sebagai tanda simbolik di penghujung Sumatra.

Check-in di homestay tempatan di Pulau Weh.

BBQ makan malam di pantai.

Sarapan pagi dan aktiviti santai di Pantai Gapang.

Kembali ke Banda Aceh dengan feri.

Lawatan ke Pasar Aceh untuk membeli-belah cenderahati.

Minum petang di Kedai Kopi Solong, menikmati kopi Aceh asli.

Aktiviti bebas sebelum berlepas pulang atau check-in semula di Idaman homestay.

Sarapan pagi dan berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda.

  • Penginapan 2 malam (2 malam di Banda Aceh, 1 malam di Pulau Weh).
  • Semua pengangkutan (termasuk feri pergi dan balik ke Pulau Weh).
  • Aktiviti snorkeling atau menyelam (peralatan disediakan).
  • Semua makanan: sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.
  • Lawatan ke semua tempat menarik dalam itinerari.
  • Panduan pelancongan berpengalaman.

Custom pakej mengikut keperluan anda.

ABOUT US

The Aceh Escape mengajak anda untuk merasai Banda Aceh dengan penuh ketenangan dan keinsafan.

 

Dikenali sebagai Serambi Mekah, Aceh merupakan sebuah tempat yang kaya dengan warisan Islam dan tradisi tempatan.

 

Kami menawarkan pakej pelancongan yang memberikan anda pengalaman autentik kehidupan masyarakat Aceh.

 

Anda dapat mendalami kehidupan harian penduduk tempatan, lawatan dan penginapan di pondok pesantren, lawatan rumah anak yatim dan terokai keindahan alam semula jadi.

 

Bukan sekadar percutian biasa, tapi kenangan yang takkan dilupakan.

Travel like a local

Fluent in 3 language

Welcoming / friendly team

Affordable packages

MEET THE TEAM

Rizal

Pemandu Pelancong Anda

Sofia

Penasihat Pelancong Anda

Pak Abu

Pemilik Idaman Homestay

WHY CHOOSE US ?

Pengalaman Autentik

Rasai kehidupan dan budaya Aceh yang sebenar melalui aktiviti bersama penduduk tempatan.

Reputasi Dipercayai

Sebahagian daripada The Bali Escape, kami telah memberikan pelancong dengan pengalaman yang tidak dilupakan.

Pakej Berpatutan & Fleksibel

Nikmati perjalanan berkualiti tinggi dengan harga yang sesuai untuk semua dan anda boleh custom pakej anda sendiri.

CUSTOMER REVIEW

Proudly a Part of The Bali Escape

Immerse yourself in the heart of Bali with our expert guidance. Discover hidden gems, savor authentic cuisine,

and experience the island’s rich culture like a local.

ms_MYMalay